Mac 2017 - Aktiviti 10
- BERITA RINGKAS 23 Mac ----- Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
PUTRAJAYA, 22 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, semalam. Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Mohd @ Daik Ngah turut diiringi oleh Setiausaha dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengerusi SPA Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia dan sistem-sistem online yang digunakan oleh SPA telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Zainal Abidin Ahmad. MediaSPA
![Aktiviti10_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2017/Mac/Aktiviti10_1.jpg)
![Aktiviti10_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2017/Mac/Aktiviti10_2.jpg)
![Aktiviti10_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2017/Mac/Aktiviti10_3.jpg)
![Aktiviti10_4](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2017/Mac/Aktiviti10_4.jpg)
![Aktiviti10_5](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2017/Mac/Aktiviti10_5.jpg)