Mac 2012 - Aktiviti 6
- SPA FC Tewaskan Melodi Jaya
JOHOR BAHRU 19 Mac ----- Pasukan Bola Sepak SPA (SPA FC) berjaya menewaskan pasukan Melodi Jaya 3 – 1 dalam Pertandingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Kulai Jaya, Johor Bahru, Johor semalam. Jaringan SPA FC diperoleh melalui Mohd Rery Martinez pada minit ke-19, Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-45 dan Mohd Asrulnazwan Ibrahim pada minit ke-48. Jaringan gol Pasukan Melodi Jaya pula telah diperoleh melalui tendangan percuma di hadapan pintu gol SPA FC oleh Shahrul Shahzrin pada minit ke-70.----- MediaSPA
![Aktiviti1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2012/Mac/aktiviti6_1.png)
![Aktiviti1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2012/Mac/aktiviti6_2.png)
![Aktiviti1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2012/Mac/aktiviti6_3.png)