Jun 2012 - Aktiviti 16

  • SPA FC Juara Liga FAM 2012

    BANGI 24 Jun ----- SPA FC muncul Juara dalam Pertandingan Liga FAM 2012, setelah menewaskan pasukan TENTERA DARAT FC 2 – 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Petronas petang semalam. Walaupun hanya berbaki satu perlawanan iaitu menentang pasukan UiTM pada minggu hadapan, ia adalah sebagai pelengkap dan perlawanan terakhir dalam saingan Liga FAM 2012. SPA FC yang memperoleh 38 mata dan ianya tidak dapat di pintas oleh pesaing terdekat iaitu pasukan UiTM. Ketika mengulas perlawanan dan kejayaan yang dicapai, Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengurus, jurulatih, pemain-pemain serta semua yang terlibat termasuklah penyokong-penyokong SPA. ”Dengan kemenangan hari ini, kita (SPA FC) telah layak secara automatik untuk menyertai saingan Liga Perdana pada tahun hadapan". Dato’ Lamien Sawiyo juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Dragon Boat Kategori Wanita dan Kategori Campuran yang menjadi Johan Dragon Boat JPM 2012. Sementara itu Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari ketika diminta mengulas juga mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kemenangan pasukan SPA FC, ”Saya mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana menunjukkan mutu permainan yang konsisten dari awal permainan hingga ke akhir perlawanan”. Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil ketika diminta mengulas mengenai perlawanan dalam saingan Liga Perdana berkata, "Semua pemain SPA FC yang ada sekarang memang layak untuk bermain dalam Liga Perdana pada tahun hadapan." ---- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Februari 2018
  • Mac 2018
  • April 2018
  • Mei 2018
  • Jun 2018
  • Julai 2018
  • Ogos 2018
  • September 2018
  • Oktober 2018
  • November 2018
  • Disember 2018
  • Januari 2017
  • Februari 2017
  • Mac 2017
  • April 2017
  • Mei 2017
  • Jun 2017
  • Julai 2017
  • Ogos 2017
  • September 2017