Oktober 2018 - Aktiviti 2
- BERITA RINGKAS 05 Oktober ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke- 138
PUTRAJAYA, 05 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-138 di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA
![Aktiviti2_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Oktober/Aktiviti2_1.jpg)
![Aktiviti2_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Oktober/Aktiviti2_2.jpg)
![Aktiviti2_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Oktober/Aktiviti2_3.jpg)
![Aktiviti2_4](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Oktober/Aktiviti2_4.jpg)
![Aktiviti2_5](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Oktober/Aktiviti2_5.jpg)