Tindakan Tatatertib Jenayah

Prosedur tindakan tatatertib jenayah.

Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 43, P.U.(A) 395/1993 boleh dikenakan ke atas pegawai yang ditahan polis.

Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 44, P.U.(A) 395/1993 boleh dikenakan ke atas pegawai yang telah dituduh di mahkamah.

Merujuk kepada Peraturan 44(6), P.U.(A) 395/1993, pegawai berhak menerima tidak kurang daripada setengah emolumennya mengikut pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT).

Perakuan Ketua Jabatan di bawah Peraturan 29(2), P.U.(A) 395/1993 hendaklah disediakan apabila seseorang pegawai telah disabit oleh mahkamah. Ketua Jabatan perlu memilih sama ada:

(a) pegawai dibuang kerja atau diturunkan pangkat;
(b) pegawai patut dihukum dengan hukuman selain buang kerja dan turun pangkat;
(c) perkhidmatan pegawai patut ditamatkan demi kepentingan awam; atau
(d) tiada hukuman patut dikenakan.

PBT hendaklah mengeluarkan perintah gantung kerja terhadap pegawai yang telah disabit oleh mahkamah seperti yang diperuntukan di bawah Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, P.U.(A) 395/1993.


Ketua Jabatan selanjutnya hendaklah mengemukakan perakuan di bawah Peraturan 29(2), P.U.(A) 395/1993 kepada PBT.


Selaras dengan Peraturan 33, P.U.(A) 395/1993, PBT hendaklah membuat penentuan hukuman terhadap pegawai setelah menimbang laporan berkaitan sabitan jenayah, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan di bawah Peraturan 29(2) Peraturan yang sama.

Merujuk kepada Peraturan 45(b), P.U.(A) 395/1993, pegawai tidak berhak menerima apa-apa emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerjanya.

Hits: 631