Tindakan Tatatertib

Tidak boleh.

Melainkan surat pertuduhan telah dihadapkan kepada pegawai sebelum tarikh kuat kuasa persaraan itu, maka tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib itu diputuskan.

 

Tidak boleh.

 

Tidak boleh.

 

Selain daripada tindakan tatatertib, pegawai juga boleh ditamatkan perkhidmatan semasa dalam tempoh percubaan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].

 

Berdasarkan Surat Edaran rujukan JPA.(S)TT 343 Jld.2(67) bertarikh 26.3.2010 – Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Awam Yang Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Atau Meminda Sijil Cuti Sakit, jika didapati sijil cuti sakit yang dikemukakan adalah palsu atau dipinda, tindakan berikut hendaklah diambil:

  1. melucutkan hak emolumen pegawai pada hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti;
  2. membuat laporan Polis sekiranya sijil cuti sakit berkenaan diperoleh daripada sindiket menjual sijil cuti sakit; dan
  3. mengambil tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja ke atas pegawai kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah serta tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan (g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

 

Jika surat pertuduhan belum disampaikan kepada pegawai, surat pertuduhan baharu boleh dikeluarkan.

Jika surat pertuduhan telah dikeluarkan dan pegawai telah mengemukakan representasi, Lembaga Tatatertib perlu dimaklumkan mengenai kesilapan tersebut sebelum Lembaga Tatatertib membuat keputusan terhadap kes tatatertib pegawai.

 

Setiap pertuduhan hendaklah mempunyai satu kesalahan sahaja. Fakta yang dipertuduhkan perlu jelas, terperinci dan spesifik yang mengandungi antara lain jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut berlaku.

Contohnya, jika pegawai dituduh tidak hadir bertugas, maklumat spesifik seperti tarikh-tarikh tidak hadir bertugas dan tempat bertugas perlu dinyatakan dalam surat pertuduhan.

 

Tidak boleh.

 

Mengikut Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] keanggotaan Lembaga Tatatertib terdiri dari anggota yang dinyatakan dalam ruang 4 jadual. Pengerusi – Ketua Jabatan/Ketua Bahagian Ahli I – Timbalan Ketua Jabatan/Timbalan Ketua Pengarah (Pegawai yang paling kanan selepas Pengarah) Ahli II - Seseorang pegawai P&P yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

 

Pelantikan jawatan tersebut perlu dibuat oleh KSN seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, P.U.(A) 396/1993.

 

Hits: 5505