Penyalahgunaan Dadah

Terdapat 3 keadaan yang membezakan jenis prosedur tatatertib yang akan digunakan bagi tujuan tindakan tatatertib:

(a) Sabitan jenayah di Mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Racun 1952.
• Surat pertuduhan tidak perlu dihadapkan.
• Kesalahan pegawai telah dibuktikan melalui sabitan di Mahkamah.
• Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) membuat penentuan hukuman sahaja.

(b) Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan.
• Surat pertuduhan perlu dihadapkan.
• Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan di bawah Peraturan 7(2), P.U.(A)395/1993 dilaksana bersama P.U.(A)132/2007.
• Pegawai dibawa ke hadapan Pegawai Perubatan Kerajaan untuk pemeriksaan fizikal bagi tujuan mengisi Borang 7 selepas jabatan menerima keputusan ujian air kencing daripada Jabatan Patologi/ Jabatan Kimia.
• PBT perlu membuat dapatan salah dan hukuman semasa mesyuarat.

(c) Perintah di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
• Surat pertuduhan perlu dihadapkan atas kesalahan mencemarkan nama perkhidmatan awam.
• Bukan suatu sabitan jenayah.
• PBT perlu membuat dapatan salah dan hukuman semasa mesyuarat.

 

Boleh. Tindakan tatatertib ini diambil di bawah Peraturan 7(2) P.U.(A) 395/1993 setelah Pegawai Perubatan Kerajaan memperakukan pegawai ialah seorang penagih dadah atau menggunakan atau mengambil selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Boleh. Jenis tindakan tatatertib adalah bergantung kepada keputusan penentuan jenis kesalahan tatatertib oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib.

 

Hits: 16600