Pelanjutan Tempoh Percubaan

Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun).

 

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya adalah seperti di pautan https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan.

 

Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan oleh Suruhanjaya seperti berikut:

i. Program Transformasi Minda (PTM) atau peperiksaan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai – pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda;
ii. Gagal peperiksaan/ PTM – pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan; dan
iii. Tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan – pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.

 

28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

 

i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Hits: 28294