PMR/PT3
- SYARAT KELAYAKAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/ PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
1. Kelayakan PMR/PT3 Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam  Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu  a. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred D) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PMR; atau  b. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PT3.    2. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:    Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera Pengawal Keselamatan Gred KP11 Sekurang-kurangnya Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya   3. Berikut merupakan maklumat jawatan dalam perkhidmatan awam am persekutuan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3:
BIL. | NAMA JAWATAN | MAKLUMAT JAWATAN |
---|---|---|
1. | Bentara Parlimen Gred N11 | ![]() |
2. | Operator Loji Gred H11 | ![]() |
3. | Pemandu Kenderaan Gred H11 | ![]() |
4. | Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11 | ![]() |
5. | Pembantu Awam Gred H11 | ![]() |
6. | Pembantu Hidupan Liar Gred G11 | ![]() |
7. | Pembantu Operasi Gred N11 | ![]() |
8. | Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 | ![]() |
9. | Pengawal Keselamatan Gred KP11 | ![]() |
10. | Pengawas Hutan Gred G11 | ![]() |
11. | Penghantar Notis Gred N11 | ![]() |
 |  |  |