Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 tahun hingga 3 tahun.

 

Pengesahan Dalam Perkhidmatan bertujuan:

  1. menentukan pegawai itu telah mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan dalam tempoh percubaan; dan
  2. memastikan pegawai mempunyai prestasi kerja dan tata kelakuan yang memuaskan.

 

Senarai semak bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan

 

Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai ditentukan sebagaimana berikut mengikut mana yang terkemudian:

    1. Sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan setelah mematuhi syarat yang ditetapkan; dan/atau
    2. Sehari selepas menghadiri dengan jayanya kursus yang disyaratkan;
    3. Sehari selepas menghadiri dengan jayanya Program Transformasi Minda (PTM);
    4. Sehari selepas lulus peperiksaan yang disyaratkan;
  1. Sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen tukar lantik; atau
  2. Sehari selepas tarikh perakuan Ketua Jabatan bagi yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan.

Surat Pekeliling SPA Bilangan 3 Tahun 2011.

 

Hits: 11530