SPM/SVM

  • SYARAT MINIMUM KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/ SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
    1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

      1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

        1. dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau

        2. dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

      2. Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

    2. (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
    3. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

      1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:

        1. mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan

        2. kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

      2. Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk melalui Laman Web EZSkim di pautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.

      3. Pemohon yang memiliki kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

    4. (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 dan Laman Web EZSkim)
    5. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    6. (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
    7. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

      Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
      Pembantu Pertahanan Awam
      Gred KP19
      Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya 
      Pembantu Keselamatan
      Gred KP19
      Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
      Pembantu Penguat Kuasa
      Gred KP19
      Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
      Pegawai Bomba
      Gred KB19
      Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1
      Pembantu Kesatria
      Gred S19
      Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
      (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
    8. Berikut merupakan senarai jawatan di peringkat SPM/SVM yang ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9):

BIL. NAMA JAWATAN GRED  SPM/SVM  MAKLUMAT JAWATAN
1. Pembantu Laut A19  SPM/SVM 
muatturun
2. Pemeriksa Kereta Motor AB19  SPM/SVM 
muatturun
3. Pembantu Makmal  C19 SPM
muatturun
4. Pembantu Geosains  C19 SPM
muatturun
5. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19  SPM
muatturun
6. Pembantu Pegawai Latihan E19  SPM
muatturun
7. Pembantu Perangkaan  E19 SPM
muatturun
8. Juruteknik Komputer FT19  SPM/SVM
muatturun
9. Pembantu Perikanan G19 SPM/SVM 
muatturun
10. Pembantu Veterinar G19 SPM/SVM
muatturun
11. Pengawas Hutan  G19 SPM
muatturun
12. Pembantu Hidupan Liar G19 SPM
muatturun
13. Pembantu Kemahiran H19 SPM/SVM
muatturun
14. Pelukis Pelan (Seni Lukis) JA19 SPM
muatturun
15. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 SPM
muatturun
16. Penjaga Jentera Elektrik J19 SPM
muatturun
17. Pegawai Bomba KB19 SPM
muatturun
18. Pegawai Imigresen KP19 SPM
muatturun
19. Pembantu Pendaftaran KP19  SPM
muatturun
20. Pembantu Pertahanan Awam  KP19 SPM
muatturun
21. Pembantu Keselamatan KP19 SPM
muatturun
22. Pegawai Penjara KA19 SPM
muatturun