Pendaftaran

   
  • Permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

 

  • Pemohon perlu mencipta Identity Number (MyID) dan kata laluan sendiri dengan klik “Daftar Akaun Baru” dan boleh merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

 

  • Setelah calon berjaya mencipta MyID dan kata laluan (selepas proses pendaftaran), pemohon termasuklah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat/PSL boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPA.

 

  • Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Pemohon yang memiliki ijazah dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk lebih rendah, walau bagaimanapun hanya sehingga peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC sahaja (one step lower).

 

  • Mulai tahun 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum ini sebanyak 2 kali setahun. Walau bagaimanapun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menyiarkan iklan sepanjang masa di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh itu, para pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

 

  • Tidak perlu.

 

  • Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan MyID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun. Bagi pemohon PSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan MyID terlebih dahulu di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

 

  • Tuan/Puan disarankan untuk tidak terlalu kerap untuk mengemas kini Sistem SPA9 jika tiada sebarang perubahan maklumat/jawatan supaya tidak mengganggu proses tapisan yang sedang berlangsung bagi sesuatu urusan pengambilan jawatan.

 

  • Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sama ada di dalam atau di luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu memastikan IPT dan program pengajian telah diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan senarai IPT dan program pengajian boleh dibuat melalui pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

 

  • Boleh berdasarkan kepada prinsip one step lower sahaja, Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil (bergantung kepada syarat lantikan). Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC (bergantung kepada syarat skim lantikan) dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM STP/STPM/STAM/HSC berkenaan. Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.

 

  • Calon yang telah ditawarkan jawatan tetapi menolak tawaran tersebut tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

 

  • Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) / Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan Penerima Bantuan dari Kerajaan akan diberi pertimbangan berdasarkan tapisan khas yang ditetapkan. Mereka ini akan dipanggil temu duga berdasarkan tapisan kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan. Walau bagaimanapun semasa menghadiri temu duga, pemohon ini dikehendaki membawa dokumen berkaitan bagi membuktikan kesahihan tersebut.

 

  • Pegawai Kontrak juga dianggap sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) dan diberi keistimewaan dari segi tapisan yang lebih longgar/rendah berbanding dengan calon lantikan terus untuk dipanggil temu duga.
    Walaubagaimanapun, pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak akan dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon.

 

  • Pemohon dari kalangan pemegang biasiswa Kerajaan tidak diberi sebarang keistimewaan. Mereka tertakluk kepada prosedur yang sama seperti yang terpakai kepada pemohon lain dan pertimbangan pemilihan mereka bergantung kepada merit.

 

  • Tidak diambil kira. Namun demikian calon boleh memohon penetapan gaji masuk yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman jawatan yang disandang dan kelayakan yang diperolehi.

 

  • Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma (sekiranya calon mempunyai Diploma).

 

  • Perlu. Sekiranya permohonan pendaftaran pemohon telah tamat tempoh sah laku maka pemohon perlu memperbaharui pendaftaran tersebut. Pembaharuan borang pendaftaran tidak akan menjejaskan keputusan peperiksaan atau status calon simpanan sebelum ini. Hanya maklumat yang diisi semasa mengisi borang pendaftaran sahaja yang akan berubah.

 

  • Panggilan temu duga bagi sesuatu jawatan bukanlah berdasarkan turutan pilihan jawatan semasa pendaftaran. Proses dibuat apabila berlakunya permohonan pengisian kekosongan jawatan oleh Kementerian/Jabatan. Sekiranya jawatan tersebut termasuk dalam pilihan jawatan yang dibuat, maka calon akan dipanggil temu duga.