Pengesahan Pelantikan
Pengesahan Pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.
Â
Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].
Â
Pengesahan Pelantikan bertujuan:
- memastikan pegawai telah bersetuju menerima tawaran jawatan;
- memastikan pegawai telah memenuhi syarat lantikan; dan
- menentukan tarikh pegawai mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Â
Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana dalam Senarai Semak Pengesahan Pelantikan melalui pautan https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan
Â
Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu iaitu mengikut perenggan 6(b), 7 dan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam.
Â
Boleh.
Â