Pemberian Taraf Berpencen

  • Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen?
    Dokumen yang perlu untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen adalah seperti berikut:
     
    • Perakuan Pemberian Taraf Berpencen oleh Ketua Jabatan- Jadual Keenam mengikut Peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
    • Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini; dan
    • Senarai semak Pemberian Taraf Berpencen.
     
    Senarai semak bagi Pemberian Taraf Berpencen boleh diperolehi melalui pautan berikut:
  • Bagaimanakah untuk mendapatkan Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen oleh Ketua Jabatan ?
    Jadual keenam boleh diperolehi dengan melayari Portal SPA dan pergi ke pautan berikut:

    Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan > Urusan Perkhidmatan > Senarai Semak Urusan Perkhidmatan (Pindaan Mulai Januari 2012) > Senarai Semak Pemberian Taraf Berpencen > Jadual Keenam - Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen - Mengikut P.U. (A) 1/2012.
     
  • Perakuan urusan Perkhidmatan yang ingin dikemukakan kepada SPA, perlu untuk perhatian siapa?
    Segala perakuan urusan perkhidmatan perlu dikemukakan kepada:

    Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Perkhidmatan
    Aras 8, Blok C7, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62520 PUTRAJAYA