Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

  • SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA9)

    1. Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)
      a. Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dan Panduan Pengguna SPA9 sebelum mengemukakan permohonan dalam SPA9.
      b. Pendaftaran pekerjaan melalui SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
      c. Pautan untuk mendaftarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam:
         Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)
         Soalan Lazim Mengenai Pendaftaran (SPA9)
         Infografik SPA9
         
    2. Pengumuman Penting
      a. Daftar Akaun Baharu dan Lupa Kata Laluan
        i. Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Daftar Akaun Baharu dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
        ii. Bagi pemohon yang pertama kali mendaftarkan akaun baharu, pemohon adalah dikehendaki mengisi Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan). Maklumat ini akan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Bagi tujuan log masuk, MyID adalah nombor kad pengenalan pemohon dan kata laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
        iii. Bagi pemohon yang pernah berdaftar dalam SPA9 dan terlupa kata laluan, pemohon adalah dikehendaki mengisi semula maklumat asas dan maklumat soalan keselamatan (nama ibu pemohon dan negeri lahir pemohon/ alamat seperti dalam kad pengenalan pemohon) untuk tujuan set semula kata laluan.
         
      b. Pendaftaran pekerjaan dalam SPA9
        i. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
        ii. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
        iii. Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu
          a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
          b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
          c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
         
        iv. Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9.
        v. Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.