Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/ Pegawai Pergigian Gred UG41/ Pegawai Farmasi Gred UF41

Semua pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41.

 

Pemohon perlu melengkapkan permohonan melalui Sistem SPA9 dengan memastikan maklumat peribadi, pendidikan (Bahasa Melayu peringkat SPM) serta Nombor pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Lembaga Farmasi Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia diisi dengan lengkap.

 

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan melalui Sistem SPA9 di mana calon yang berjaya akan ditukar status kepada ‘LANTIKAN KONTRAK’.

 

Penempatan calon akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Urusan tawaran pelantikan dan tarikh lapor diri bertugas akan ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Hits: 4769