Pengumuman Terkini

  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Baru
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) (Semenanjung)
    Jawatan:
    Pegawai Penyelidik Gred Q41
    [ Tarikh Tutup: 1 Ogos 2024 (Khamis) ]
  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Baru
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) (Semenanjung)
    Jawatan:
    Pegawai Hidupan Liar Gred G41
    [ Tarikh Tutup: 1 Ogos 2024 (Khamis) ]
  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Baru
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Lantikan Tetap)
    Jawatan:
    Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
    [ Tarikh Tutup: 30 Julai 2024 (Selasa) ]
  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Baru
    Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya
    Jawatan:
    Penolong Kurator Gred S29
    [ Tarikh Tutup: 1 Ogos 2024 (Khamis) ]
  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Baru
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Lantikan Tetap)
    Jawatan:
    Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29
    [ Tarikh Tutup: 30 Julai 2024 (Selasa) ]
  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Baru
    Jabatan Digital Negara (Semenanjung, Sabah Dan Sarawak)
    Jawatan:
    Juruteknik Komputer Gred FT19
    [ Tarikh Tutup: 1 Ogos 2024 (Khamis) ]
  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Baru
    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Serta Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung)
    Jawatan:
    Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
    [ Tarikh Tutup: 1 Ogos 2024 (Khamis) ]
  • Kini orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan berikut di kaunter PTD Plus seluruh negara:

    • Pendaftaran pekerjaan
    • Semakan status permohonan SPA9
    • Konsultasi urusan pengambilan
    • Urusan pegawai dalam perkhidmatan

    Untuk tempahan slot janji temu perkhidmatan kaunter PTD Plus, sila tekan pada pautan berikut: http://janjitemu.spa.gov.my.
  • Hebahan Poster Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41

Info Ringkas:
Pastikan anda yang memohon jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41 mendaftar Sijil Profesional dalam SPA9 mengikut pilihan nama sijil profesional/ikhtisas yang tepat. Rujuk poster berikut untuk makluman lanjut.

(a) Poster Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Lantikan Baharu (Lantikan Terus); dan

(b) Poster Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Pegawai Yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar.

Semoga dapat membantu!

Info Ringkas Poster:
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2009 jelas memaklumkan Kerajaan telah mengiktiraf kelayakan STAM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Senarai skim perkhidmatan berkuat kuasa yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat STAM adalah seperti di poster hebahan berikut.

Semoga dapat membantu!

Info Ringkas Poster:
Syarat utama yang harus ada pada setiap calon yang ingin memohon jawatan dalam perkhidmatan awam menggunakan sijil PT3/PMR/SRP dilihat pada dua subjek utama iaitu Bahasa Melayu dan Matematik serta tiga subjek lain. Rujuk poster hebahan ini untuk lebih jelas sebagai panduan dan rujukan. Semoga dapat membantu!

Info Ringkas:
Anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)? Calon yang berjaya dipilih latihan ini akan mengikuti Latihan Separa Perubatan di ILKKM dan Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa. .

Permohonan bagi sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuka dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

(a) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 tahun); dan

(b) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 tahun)

Sila rujuk poster untuk maklumat ringkas tentang syarat kelayakan akademik bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan. Perincian selanjutnya boleh dirujuk di Portal Rasmi SPA (https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan).

Info Ringkas Poster:
Terdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai “tidak melepasi tapisan” walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.

SPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM/SVM sahaja.

Apakah maksud kelayakan minimum bagi SPM/SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam? Rujuk poster hebahan ini sebagai panduan dan rujukan.

Semoga dapat membantu!