Pengambilan

   

  • Pada Januari 1997, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadaptasi pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan. Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tahun 1995/96, dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 21 Disember 1996.
  • Dengan adanya SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan.

 


  • Pemohon boleh memohon jawatan dengan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan boleh dirujuk melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bahagian Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.
  • Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.

  • Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah, Diploma/STP/STPM/STAM/HSC, Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, SPM/SVM dan PMR/PT3 yang diiktiraf Kerajaan.
  • Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri.Tempoh urusan pengambilan dilaksanakan.
  • Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah dua belas (12) minggu daripada tarikh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan lengkap pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian bagi jawatan yang melibatkan tapisan dan 24 minggu bagi jawatan yang melibatkan urusan peperiksaan atau ujian bakat/fizikal. Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my.

     


  • Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan kekosongan jawatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk membuat pengisian. Kementerian/Jabatan akan mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang diperlukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sebagai contoh sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2004, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan.
  • Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temu duga berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temu duga adalah peringkat yang kritikal dan rumit.
  • Apabila jumlah kekosongan adalah sedikit berbanding permohonan biasanya asas tapisan yang digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan.
  • Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga.

    Â