Operator Loji Gred H11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  2. sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan
  3. berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan.
    (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.  
     
5. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan di perkara 2(c)(ii) dan 2(c)(iii) di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim