Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00) atau
  2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40) atau
  3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
 
  1. Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
    (Rujukan: Laman Web EZSkim)
  2. Membantu memantau pengurusan dan pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan. Pengesanan dan pemantauan isu perpaduan dan melaksanakan program pengukuhan masyarakat dalam komuniti.
    (Rujukan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui surat JPN.01/514 Jld(22) bertarikh 09.08.2021)
 
     
5. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM   
  Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).  
     
6. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim