Urus Setia Sabah

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Urus Setia Sabah adalah bertanggungjawab kepada urusan pengambilan dan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah. Urus Setia melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi khidmat nasihat berkenaan peluang - peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan urusan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah.

 

  • Fungsi Urus Setia ini sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan di bawah perkara 144 dan 144(1), merangkumi perkara seperti berikut:-
    1. MELANTIK
    2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN
    3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
  • Urus Setia juga mengendalikan urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

  • Mengurus Urusan pengambilan untuk mengikuti latihan dan tawaran ke jawatan tetap bagi jawatan separa perubatan dalam tempoh 8 minggu
  • Menguruskan urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Penetapan Gaji Pemulaan dalam tempoh 6 minggu
  • Mengurus urusan Peperiksaan Dalam Perkhidmatan dan Peperiksaan Pra Perkhidmatan mengikut Jadual seperti di Kalender Peperiksaan Tahunan di samping menjaga keselamatan kertas soalan dan kertas jawapan peperiksaan

 

  • Pengambilan
    • Melaksanakan Pengambilan pelatih Separa Perubatan (Taraf Sijil dan Diploma)
    • Menguruskan temu duga pelbagai jawatan bagi pengambilan di bawah bidang kuasa SPA Malaysia
    • Menyediakan kertas Pertimbangan Setiausaha
    • Mengeluarkan surat panggilan temu duga
    • Mengeluarkan surat keputusan temu duga kepada calon berjaya dan simpanan (hanya bagi calon temu duga Latihan Separa Perubatan)
    • Mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada pelatih Separa Perubatan (Sijil dan Diploma) yang tamat latihan
    • Menjalankan urusan naziran pengambilan ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Sabah
  • Perkhidmatan
    • Melaksanakan urusan Pengesahan Lantikan dalam tempoh 4 minggu
    • Menguruskan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan tempoh Percubaan, Penetapan Gaji Masuk dan Pemberian Taraf Berpencen
    • Menguruskan urusan Penamatan Perkhidmatan
    • Menjalankan naziran perkhidmatan ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah
    • Mengemaskini dan penyenggaraan maklumat di dalam sistem MIS and eSPDM
  • Peperiksaan
    • Mengurus dan melaksanakan aktiviti Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditetapkan dari semasa ke semasa
    • Menguruskan aktiviti peperiksaan yang ditetapkan di dalam kalandar tahunan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia
    • Menguruskan taklimat Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia di pelbagai Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Sabah

Â