Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu

 Proses mengembalikan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain jika:

  1. pegawai itu gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu dengan syarat kegagalan pegawai itu bukanlah atas sebab kelakuannya yang tidak memuaskan; atau
  2. pegawai itu memohon untuk kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya, dengan syarat dia telah melalui tempoh percubaan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang lain itu.

 Punca Kuasa:

  1. Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
  2. Pandangan Perundangan; dan
  3. Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.