Hari Kerjaya SPA

Merupakan program bersemuka di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang dijalankan secara tahunan. Program ini akan dianjurkan dalam skala yang kecil di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

 Objektif

  1. Menjadikan program Hari Kerjaya SPA sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan.
  2. Memberi peluang kepada orang awam di lokasi penganjuran mendapatkan maklumat secara terus / bersemuka berkenaan dengan urusan-urusan di bawah SPA.
  3. Memupuk minat di kalangan orang awam untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai bidang kerjaya.
  4. Memberikan khidmat nasihat kepada orang awam mengenai tatacara permohonan jawatan secara online.
  5. Memberikan taklimat kepada orang awam mengenai tips dan panduan menghadiri temuduga dan peperiksaan online.

 Pengisian Program

1. Taklimat kerjaya oleh pegawai-pegawai SPA mengenai permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam meliputi :

  1. Panduan memohon jawatan melalui sistem SPA
  2. Panduan persediaan ujian online/ fizikal di bawah SPA
  3. Tips dan panduan menghadiri temu duga SPA

2. Kaunter Khidmat Nasihat SPA meliputi;

  1. Semakan Permohonan Jawatan (Matrikulasi, Diploma dan Ijazah): Memberikan maklumat dan panduan mengenai permohonan jawatan (Matrikulasi, Diploma dan Ijazah)
  2. Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana (PMR, SPM, SKV, SVM, Sijil): Memberikan maklumat dan panduan mengenai permohonan jawatan pelaksana (PMR, SPM, SKV, SVM, Sijil)
  3. Panduan peperiksaan online dan fizikal di bawah SPA
  4. Panduan pengisian permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)
  5. Lain-lain urusan melibatkan khidmat nasihat di bawah SPA

3. Pameran info dan maklumat di bawah SPA.

 Penyertaan

Hari Kerjaya SPA adalah terbuka untuk disertai terutama kepada pelajar dan pencari pekerjaan yang berminat untuk memohon pekerjaan di bawah bidang kuasa SPA. Maklumat penganjuran Hari Kerjaya SPA akan diwar-warkan melalui Portal Rasmi SPA dan media sosial SPA terutamanya di FB SPA.

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan tips, panduan dan maklumat secara terus dengan SPA. Kenali SPA dengan lebih dekat dan jelas.

#carikerjaSPA, #SPAdanAnda dan #seharibersamaSPA