Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
  1. A0/A1 : RM1,435.12
  2. A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
  3. B0-2/B0-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT  
  Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Elektrik Gred J19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  1. telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  2. mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas; dan
  3. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
     
5. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.  
     
6. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Pemohon dengan kelayakan Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim