Pemberian Taraf Berpencen

Suatu proses bagi memberikan taraf berpencen kepada seseorang pegawai yang telah menolak skim KWSP dan telah disahkan dalam perkhidmatan setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

Punca Kuasa:

  1. Akta Pencen 1980;
  2. Akta Pencen (Pindaan 1992);
  3. Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
  4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
  6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
  7. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
  8. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2017;
  9. Pandangan Perundangan; dan
  10. Ketetapan Suruhanjaya.