Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred U19: RM1,418.12)
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT  
  Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  1. telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  2. mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas; dan
  3. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
     
5. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.  
     
6. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Kelayakan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim