Bahagian Perkhidmatan

 Memberi khidmat sokongan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berkaitan urusan-urusan Perkhidmatan anggota perkhidmatan awam di bawah bidang kuasanya dengan adil, saksama dan teratur berdasarkan Undang-Undang dan peraturan- peraturan yang ditetapkan.

 

  • Kami komited untuk melaksanakan tugas kami dengan segera, adil dan berkualiti untuk memproses perakuan-perakuan urusan perkhidmatan dan menyampaikan keputusan Suruhanjaya berkaitannya dalam tempoh masa (dari tarikh perakuan lengkap diterima) seperti berikut:
    • Pengesahan Pelantikan - 4 minggu
    • Pengesahan Dalam Perkhidmatan - 6 minggu
    • Pemberian Taraf Berpencen - 6 minggu
    • Pelanjutan Tempoh Percubaan - 6 minggu
    • Penentuan Gaji Permulaan - 6 minggu
    • Pertukaran Perkhidmatan - 6 minggu
    • Kembali ke Skim Perkhidmatan Terdahulu - 6 minggu
    • Penamatan Perkhidmatan - 6 minggu
  • Bahagian Perkhidmatan menawarkan sepuluh (10) jenis Perkhidmatan kepada Kementerian/Jabatan/pegawai awam yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:
    Pengesahan Pelantikan;
    • Penentuan Gaji Permulaan;
    • Pelanjutan Tempoh Percubaan;
    • Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
    • Pemberian Taraf Berpencen;
    • Urusan Pertukaran (Pertukaran Perkhidmatan, Pertukaran Pelantikan, Pertukaran Sementara/Peminjaman, Pertukaran Tetap, Pelepasan Untuk Pertukaran Sementara/Peminjaman);
    • Kembali ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu;
    • Pembatalan Tawaran Pelantikan;
    • Penamatan Perkhidmatan; dan
    • Naziran Urusan Perkhidmatan.
  • Peraturan-Peraturan :
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005[P.U.(A) 176/2005];
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
    • Akta 227, Akta Pencen 1980;
    • Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2000 - Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan;
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan;
    • Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2005 - Panduan Pertukaran Perkhidmatan;
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap;
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2008 - Perjawatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri;
    • Surat Pekeliling SPA Bil. 2 Tahun 2011 - Prosedur Pengesahan Pelantikan;
    • Surat Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2011 - Prosedur dan Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera ke Dalam Perkhidmatan Awam;
    • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 – Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia; dan
    • Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 - Dasar baru pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap.
    • Pekeliling SPA Bil. 3/2014 - Pelaksanaan Sistem ePengesahan di Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.
    • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
    • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2016 – Panduan Pertukaran Pelantikan.
    • Surat Pekeliling SPA Bil. 2/2017 - Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Kawalan Tatatertib.

 

  • Suatu proses bagi mengesahkan pelantikan seseorang pegawai yang menerima tawaran pelantikan tetap sesuatu jawatan setelah memenuhi syarat-syarat dalam tawaran pelantikan.
  • Punca Kuasa :
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001;
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    6. Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017;
    7. Pandangan Perundangan; dan
    8. Ketetapan Suruhanjaya.

 

  • Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah proses yang dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama yang memohon untuk mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.
  • Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25(2), P.U. (A) 1/2012:
    1. Pengalaman di sektor swasta;
    2. Pengalaman di sektor awam [Contract of Service, Contract for Service, Pekerja Sambilan, Pekerja Khidmat Singkat (PKS), Skim Perkhidmatan Singkat (SPS), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Talent Acceleration In Public Service (TAPS)]; dan
    3. Sementara.
  • PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
    1. Peraturan 25(7), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan yang kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi yang perbezaannya terhad kepada satu pergerakan gaji biasa di gred atau jawatan terdahulu.
    2. Peraturan 25(8), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
    3. Punca Kuasa:
      1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2017;
      2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2012;
      3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
      4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005];
      5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 [PP 1/2016];
      6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 [PP 36/2013];
      7. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 [PP 2/2013];
      8. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 [PP 1/2012];
      9. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 [PP 2/2011];
      10. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2003 [PP 1/2003;
      11. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 [PP 4/2002];
      12. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001 [PP 7/2001;
      13. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1979 [PP 4/1979];
      14. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017
      15. Pandangan perundangan; dan
      16. Ketetapan Suruhanjaya.

 

  • Suatu proses bagi melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai yang belum memenuhi syarat untuk disahkan sama ada dengan atau tanpa denda dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan.
  • Punca Kuasa:
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    3. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
    4. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 1 Tahun 2000;
    5. Surat Pekeliling Suruhanjaya Bilangan 2 Tahun 2017;
    6. Pandangan Perundangan; dan
    7. Ketetapan Suruhanjaya.

 

  • Suatu proses bagi mengesahkan perkhidmatan seseorang pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.
  • Punca Kuasa:
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    6. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014 ;
    7. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2011;
    8. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
    9. Pandangan Perundangan; dan
    10. Ketetapan Suruhanjaya.

 

  • Suatu proses bagi memberikan taraf berpencen kepada seseorang pegawai yang telah menolak skim KWSP dan telah disahkan dalam perkhidmatan setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
  • Punca Kuasa:
    1. Akta Pencen 1980;
    2. Akta Pencen (Pindaan 1992);
    3. Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
    4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
    6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    7. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
    8. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
    9. Pandangan Perundangan; dan
    10. Ketetapan Suruhanjaya.

 

PERTUKARAN PERKHIDMATAN
Satu kemudahan tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya untuk membolehkan seseorang pegawai yang pelantikan mereka berada di bawah bidang kuasa SPA bertukar ke satu jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan. Pertukaran perkhidmatan boleh dilaksanakan seperti berikut:
  1. pertukaran dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berbeza dalam perkhidmatan awam am Persekutuan;
  2. pertukaran dari perkhidmatan awam am Persekutuan ke Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan atau Perlis, atau sebaliknya; dan
  3. pertukaran dari Perkhidmatan Awam Negeri ke Perkhidmatan Awam Negeri yang lain yang kuasa pelantikannya ialah SPA.
 
Punca Kuasa:
  1. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005;
  2. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
  3. Ketetapan Suruhanjaya.
 
PERTUKARAN PELANTIKAN
Satu tatacara pelantikan yang dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan pegawai ke Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan atau ke skim perkhidmatan yang sama / berlainan tanpa melalui proses pelantikan biasa. Dasar pertukaran pelantikan terpakai dalam keadaan berikut:
 
  1. atas keputusan Kerajaan
    1. berikutan pembubaran agensi awam atau Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan yang pegawai daripada pihak berkuasa tersebut ditukar lantik ke agensi awam; atau
    2. ke skim perkhidmatan lain berikutan pewujudan, pindaan, penjumudan skim perkhidmatan atau kajian perjawatan.
  2. atas permohonan pegawai
 
Punca Kuasa :
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016;
  2. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
  3. Ketetapan Suruhanjaya; dan
  4. Keputusan Kerajaan.
 
PERTUKARAN SEMENTARA / PEMINJAMAN
Salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan. Ia juga merupakan langkah jangka pendek untuk membantu sesebuah agensi terutamanya agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing-masing.
 
Punca Kuasa :
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2012;
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
  4. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;dan
  5. Ketetapan Suruhanjaya.
 
PERTUKARAN TETAP
Satu kaedah pelantikan secara tetap pegawai yang sedang ditukar sementara atau dipinjamkan ke jawatan yang disandang di agensi peminjam tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran tetap.
 
Punca Kuasa :
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
  3. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
  4. Ketetapan Suruhanjaya.
 
PELEPASAN UNTUK PERTUKARAN SEMENTARA / PEMINJAMAN
Pelepasan yang diberi kepada pegawai lantikan SPA yang dipinjam ke agensi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain.
 
Punca Kuasa :
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
  3. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
  4. Ketetapan Suruhanjaya.

 

  • Proses mengembalikan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain jika:
    1. pegawai itu gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu dengan syarat kegagalan pegawai itu bukanlah atas sebab kelakuannya yang tidak memuaskan; atau
    2. pegawai itu memohon untuk kembali ke skim perkhdmatan terdahulunya, dengan syarat dia telah melalui tempoh percubaan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang lain itu.
  • Punca Kuasa :
    1. Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
    2. Pandangan Perundangan; dan
    3. Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

 

  • Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut:
    1. Peraturan 48, P.U. (A) 1/2012 iaitu perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya boleh ditamatkan jika:
      1. menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;
      2. membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana dikehendaki oleh perenggan 20(1)(b) dan subperaturan 20(2), P.U. (A) 1/2012;
      3. gagal mematuhi kehendak Peraturan 20(3), P.U. (A) 1/2012 (Surat Aku Janji); atau
      4. meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubung dengan pelantikannya.
    2. Peraturan 49, P.U. ( A) 1/2012 iaitu pegawai yang gagal tapisan keselamatan dalam tempoh percubaan atau tempoh percubaan yang dilanjutkan boleh ditamatkan perkhidmatan;
    3. Peraturan 50(1), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan, sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutnya boleh ditamatkan perkhidmatan;
    4. Peraturan 50(2), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama boleh ditamatkan perkhidmatan jika dia gagal dalam kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

 

  • Proses pembatalan tawaran pelantikan jika seseorang calon/ pegawai itu:
    1. didapati tidak sihat setelah diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar mengikut Peraturan 20(1)(a), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
    2. tidak mematuhi mana-mana syarat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 seperti yang disebut dalam Peraturan 20(1)(b), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
    3. tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Surat Aku Janji, Peraturan 20(3), P.U.(A) 1/2012.
  • Punca Kuasa :
    1. Peraturan 20, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
    2. Pandangan Perundangan; dan
    3. Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

 

  • Memantau pelaksanaan urusan perkhidmatan (Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen) yang dikemukakan secara dalam talian melalui sistem ePengesahan oleh Kementerian/ Jabatan supaya ianya selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
  • Dalam memastikan urusan perkhidmatan tersebut dilaksanakan dengan teratur, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian/ Jabatan untuk:
    1. memastikan dokumen dalam fail peribadi pegawai adalah lengkap mengikut senarai semak urusan perkhidmatan SPA (Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017);
    2. memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam Sistem ePengesahan adalah tepat berdasarkan dokumen pegawai dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa;
    3. memastikan Pegawai Bertanggungjawab (Pegawai Penyedia, Pegawai Penyemak dan Pegawai Peraku) menggunakan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing dan bertanggungjawab ke atas kerahsiaannya;
    4. mencetak sesalinan perakuan yang dihantar kepada SPA melalui Sistem ePengesahan untuk disimpan di dalam fail peribadi pegawai; dan
    5. memastikan dokumen dan fail peribadi pegawai disimpan dengan teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa bagi tujuan naziran oleh SPA.

Â