Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

  • Gred: U29, U32, U36
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
    U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
    U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00
 
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
     
LANTIKAN KE GRED U29  
(a)    
(i) Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
 
     
(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
DESKRIPSI TUGAS :  
  1. Merawat pesakit di dalam skop yang ditetapkan.
  2. Bertanggungjawab di dalam merawat pesakit atau melaksana prosedur untuk tujuan rawatan di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan.
  3. Melakukan Ujian dan saringan bagi tujuan diagnostik.
  4. Mengendalikan peralatan perubatan untuk tujuan rawatan. Bertanggungjawab di dalam menyedia,mengawal dan mengelola peralatan-peralatan perubatan di jabatan agar peralatan perubatan yang ada, diselenggara dan dapat digunakan di dalam keadaan baik dan selamat.
  5. Mengendalikan program-program kesihatan awam. Bertanggungjawab bagi mengendali dan melaksanakan program-program saringan, intervensi/rawatan awal kepada pesakit khususnya di program kesihatan awam dan perubatan
  6. Mengendalikan Perkhidmatan Pra Hospital