Bahagian Digital dan Informatik

  • Membantu mempertingkatkan kecekapan urusan Suruhanjaya melalui penggunaan Teknologi Maklumat.
  • Memberikan khidmat sokongan dalam bidang ICT kepada semua bahagian termasuk SPA Cawangan Sabah dan Sarawak.
  • Bahagian Digital dan Informatik bertanggungjawab untuk memberi khidmat komputer dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut jadual. Untuk mencapai hasrat ini, kami warga Bahagian Digital dan Informatik dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:
    • Memberi layanan khidmat komputer yang sempurna dan saksama kepada pengguna teknologi maklumat.
    • Menyedia dan menyenggara sistem aplikasi mengikut spesifikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui.
    • Menyedia panduan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
    • Menyedia perkhidmatan kemasukan data mengikut jadual yang dipersetujui.
    • Memberi khidmat bantuan dalam masa empat (4) jam kepada pengguna selepas menerima aduan melalui meja bantuan dan maklumat aduan/pembaikan akan direkodkan dalam Borang Aduan Kerosakan.
    • Memastikan data pengguna adalah selamat dan diakses oleh pengguna yang sah sahaja.
    • Memastikan pengguna diberi latihan penggunaan sistem aplikasi dan pendedahan asas tentang komputer.
    • Meningkatkan khidmat komputer yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.

 

  • Aktiviti unit di Bahagian Digital dan Informatik adalah seperti berikut:-

    Unit Polisi dan Pengurusan ICT
    • Dasar dan Perancangan ICT
    • Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
    • Pelaksanaan MS ISO 27001:2013 Information Security Management System (ISMS)
    • Mengurus keselamatan ICT SPA

    Unit Pangkalan Data & Sokongan Teknikal
    • Merekabentuk pangkalan data
    • Mentadbir/mengurus pangkalan data sistem eSMSM, eSPDM dan SISPEK
    • Pengawalan keselamatan pangkalan data
    • Penyelenggaraan Sistem Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset (AMMS)

    Unit Operasi Pusat Data dan Rangkaian dan Keselamatan
    • Menyediakan jadual penyenggaraan perkakasan dan perisian sistem
    • Perancangan luar jangka keselamatan komputer
    • Merancang & mereka bentuk sistem rangkaian
    • Mentadbir & mengurus sistem rangkaian
    • Menyedia & mengemaskini dokumentasi sistem rangkaian
    • Menyelia tatacara penyenggaraan

    Unit Portal dan Multimedia
    • Mengurus dan mengemaskini maklumat Portal SPA
    • Menyedia dan menguruskan kemudahan Intranet dan Portal SPKP
    • Membangunkan aplikasi multimedia dan kiosk
    • Mengurus dan mengemaskini Intranet SPA
    • Penyelenggaraan Sistem Semakan Online
    • Penyelenggaraan Sistem Maklumat Kakitangan (eStaff)
    • Penyediaan bahan grafik dan montaj

    Unit Aplikasi Pengambilan, Perkhidmatan dan Generik
    • Mengurus, merancang dan melaksana semua sistem aplikasi, keperluan integrasi dan kitar hayat sistem aplikasi merangkumi pembangunan, pengujian, penggunaan, penyelenggaraan, permohonan perubahan dan mengenalpasti keperluan latihan melibatkan sistem teras dan sistem sokongan SP
    • Memastikan prestasi aplikasi dan sistem yang optimum selaras dengan keperluan semasa
    • Memastikan integriti dan keselamatan aplikasi daripada eksploitasi dan risiko keselamatan yang lain
    • Memacu prototaip, kaedah baharu dalam penggunaan teknologi untuk memudahkan automasi dan penambahbaikan bagi pengoperasian urusan pengambilan dan perkhidmatan SPA
    • Memacu inisiatif strategik, inovasi dan kemampuan digital, automasi dan penambahbaikan proses serta budaya operasi digital SPA
    • Memastikan semua aduan/pertanyaan daripada pengguna sistem diambil tindakan dan direkodkan secara teratur dan tepat
    • Menyediakan laporan statistik bagi memenuhi keperluan stakeholder untuk membuat keputusan
    • Merancang dan melaksanakan Independent Verification and Validation (IVV) ke atas semua aplikasi baharu sebelum dilancarkan
    • Merancang, menganalisis, merekabentuk dan menguruskan integrasi dalaman dan luaran Gerbang API
    • Memastikan dokumentasi sistem dan aplikasi yang tepat dan terkini

    Unit Pentadbiran Am
    • Kewangan
    • Bajet
    • Surat-menyurat dan sistem fail
    • Personel
    • Latihan
    • Inventori peralatan pejabat

    Â