Jurupulih Perubatan Gred U29 (Cara Kerja)

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    1. KEMAHIRAN KLINIKAL PEMULIHAN PERUBATAN
        1. Pengetahuan dan kemahiran klinikal dalam bidang terapi cara kerja merangkumi promosi, saringan pencegahan, penilaian, intervensi, re(habilitasi), dan pengurusan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada klien.
        2. Melaksanakan aktiviti perawatan terapi cara kerja untuk rujukan kes generic
    2. PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG DAN DASAR BERKAITAN KESIHATAN
        1. Mempunyai pengetahuan, kemahiran mengawal selia dan sikap kepatuhan kepada Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774), peraturan-peraturan, Kod etika, arahan, garis panduan, piawaian (standard) dan lain-lain akta berkaitan pengamalan kesihatan bersekutu.
    3. PENGURUSAN DAN KUALITI
        1. Melaksanakan pengumpulan statistik untuk pengisian reten di peringkat jabatan/ unit.
        2. Melaksanakan indikator kualiti (NIA/KPI) yang ditetapkan oleh profesion dilaksanakan di jabatan/ unit.
        3. Melaksanakan inisiatif kualiti mengikut keperluan fasiliti.
        4. Melaksanakan urusan pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
    4. LATIHAN
        1. Menyertai latihan dalam perkhidmatan peringkat jabatan/ unit dan sebagainya.
        2. Mengikuti CME secara berkala.
        3. Memberikan bimbingan dan tunjuk ajar klinikal kepada pelatih dan pelajar praktikal (jika berkenaan) dalam bidang terapi cara kerja