Bahagian Penilaian Kompetensi

  • Menguruskan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam dan 'Assessment Centre ' dengan cekap, teratur dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan ke arah melahirkan penjawat awam yang berkualiti.
  • Menguruskan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam dan;
  • Menguruskan 'Assessment Centre' sebelum calon layak ditemu duga.
  • Komitmen kami ialah menguruskan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam dengan cekap, berkesan dan teratur. Kami berjanji akan mengumumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan.

 

  • Aktiviti utama Bahagian Penilaian Kompetensi berdasarkan 7 unit iaitu:

    UNIT PEMBANGUNAN SOALAN

    • Menyedia sukatan peperiksaan
    • Menguruskan sistem Data Bank Soalan
    • Menguruskan proses penggubalan soalan
    • Melantik dan memberi taklimat kepada penggubal soalan
    • Mengadakan kursus penggubalan soalan peperiksaan

     

    UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN

    • Menyedia Jadual Peperiksaan Tahunan
    • Menguruskan tempahan dewan peperiksaan
    • Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas
    • Menguruskan pengagihan calon ke pusat peperiksaan
    • Mengadakan kursus berkaitan pengawasan peperiksaan
    • Menyediakan peralatan peperiksaan

     

    UNIT GUNASAMA

    • Menguruskan hal Pentadbiran dan Perkhidmatan
    • Pengurusan fail-fail, surat menyurat, peralatan peperiksaan dan pejabat
    • Penyediaan bajet dan tuntutan perbelanjaan dan lain-lain.

     

    UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

    • Mengendalikan ujian Psikologi
    • Memberi khidmat kaunseling kepada warga SPA
    • Menjalankan kajian validiti dan realibiliti ujian Psikologi
    • Menguruskan pentadbiran ujian Psikologi bagi kemasukan ke Perkhidmatan Awam

     

    UNIT 'ASSESSMENT CENTRE' DAN NAZIRAN

    • Menjalankan konsultasi pembinaan modul ' Assessment Centre '
    • Mengurus dan menyelaras pengendalian ' Assessment Centre'
    • Menguruskan data profiling calon
    • Menjalankan Naziran di pusat-pusat peperiksaan
    • Menjalankan kajian penambahbaikan sistem pengendalian peperiksaan

     

    UNIT FIZIKAL DAN PANCAINDERA

    • Menguruskan pelantikan Ketua Penguji dan Penguji
    • Menguruskan pengagihan calon ke Pusat Ujian Pemeriksaan
    • Memberi taklimat berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera
    • Mengadakan kursus berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera
    • Memantau perjalanan Ujian Fizikal dan Pancaindera

     

    UNIT DATA DAN MARKAH

    • Melantik pemeriksa kertas jawapan esei
    • Memproses markah calon
    • Menyediakan statistik pencapaian calon dalam sesuatu peperiksaan
    • Menyediakan statistik berkaitan urusan peperiksaan
    • Mengumumkan keputusan peperiksaan

     

 

    • Ujian Bakat
    • Ujian Kecenderungan
    • Ujian Kederasan
    • Ujian Suara
    • Ujian Fizikal dan Kecergasan
    • Ujian Psikologi
  • Ujian Bakat untuk menilai keupayaan dan potensi calon di dalam pelbagai bidang seni serta lain-lain aspek yang penting untuk jawatan yang memerlukan kompetensi bakat
  • Ujian Kecenderungan untuk menilai keupayaan, potensi dan kompetensi berdasarkan penilaian kognitif dan bahasa bagi menentukan pemilihan calon yang bersesuaian dengan keperluan ciri-ciri sesuatu jawatan.
  • Ujian Kederasan mengukur kecekapan calon dalam mengambil catatan trengkas dan menaip.
  • Ujian Suara bagi mengukur kebolehan calon berinteraksi dalam situasi tugas yang memerlukan keupayaan penyampaian yang terang, jelas dan tegas supaya maklumat dapat diterima dengan betul dan tepat.
  • Ujian Fizikal dan Pancaindera Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera seperti ukuran ketinggian, berat badan, penglihatan dan kecergasan untuk memastikan pemohon-pemohon memenuhi syarat-syarat fizikal dan pancaindera yang ditetapkan. Hanya jawatan-jawatan tertentu dalam skim perkhidmatan yang mensyaratkan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
  • Ujian Psikologi satu penilaian berasaskan laporan kendiri untuk mengukur kesesuaian dari aspek personaliti, minat, sikap, kemahiran dan kecenderungan bagi menentukan kesesuaian ciri seseorang calon.

Â