Jurusolek

  • Gred: B19, B21, B25, B27
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B19 RM1,360.00 RM4,032.00 RM100.00
B21 RM2,047.00 RM4,747.00 RM115.00
B25 RM2,597.00 RM5,289.00 RM125.00
B27 RM2,726.00 RM5,564.00 RM130.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni solek serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

 
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

 
(iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

 
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

 
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).

 
     
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv) atau 1(c)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUSOLEK GRED B21, B25 ATAU B27
     
3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Jurusolek Gred B21, B25 atau B27 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan  
(b)    
(i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau  
(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

(Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00/

Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00/

Gaji permulaan lantikan pada Gred B27: RM2,726.00).

 
     
SYARAT UJIAN KHAS
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni solek sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
     
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menyolek artis-artis bagi semua rancangan sama ada di dalam atau di luar studio/lokasi dan mendandan rambut mengikut rancangan yang telah ditetapkan (biasa/glamor/mengikut watak).
    Â