Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 tahun hingga 3 tahun.
Â
Pengesahan Dalam Perkhidmatan bertujuan:
- menentukan pegawai itu telah mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan dalam tempoh percubaan; dan
- memastikan pegawai mempunyai prestasi kerja dan tata kelakuan yang memuaskan.
Â
Senarai semak bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan
Â
Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai ditentukan sebagaimana berikut mengikut mana yang terkemudian:
-
- Sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan setelah mematuhi syarat yang ditetapkan; dan/atau
- Sehari selepas menghadiri dengan jayanya kursus yang disyaratkan;
- Sehari selepas menghadiri dengan jayanya Program Transformasi Minda (PTM);
- Sehari selepas lulus peperiksaan yang disyaratkan;
- Sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen tukar lantik; atau
- Sehari selepas tarikh perakuan Ketua Jabatan bagi yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan.
Surat Pekeliling SPA Bilangan 3 Tahun 2011.
Â
Hits: 81108