Juruteknologi Pergigian Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Diploma dalam bidang teknologi pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) :
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
    2. had umur pelantikan:
      (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas:
    • Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut :
      1. Prostetik
        1. Dentur Penuh
        2. Dentur Sebahagian
      2. Konservatif
        1. Korona
        2. Inlai
        3. Onlai
        4. Jambatan (Bridge)
      3. Ortodontik
        1. Aplians Boleh Tanggal
        2. Aplians Fungsi
        3. Komponen-komponen Aplians Tetap
      4. Maksilofasial
        1. Obturator
        2. Splin
      5. Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
        1. Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
        2. Penambahan Unit Aplians
        3. Lapis Semula (Relining)
        4. Landas Semula (Rebasing)
        5. Mereplika dentur penuh
      6. Merekabentuk Aplians
        Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu.
      7. Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
        1. Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
        2. Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
        3. Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
      8. Pengurusan
        1. Kelengkapan Pergigian
          1. Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
          2. Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
          3. Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan 'cost effective'
          4. Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
          5. Memberi khidmat nasihat teknikal.
        2. Stor
          1. Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan 'cost effective'.
          2. Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.