Surat Panggilan Temu Duga

Pengumuman Penting Mengenai Surat Panggilan Temu Duga
line

 Dimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu duga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel dan semakan di Portal Rasmi SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing.

 Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di Direktori Emel/Telefon Pegawai SPA atau BahagianPengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Latihan Separa Perubatan) di Direktori Emel/Telefon Pegawai SPA atau layari Portal Rasmi SPA di www.spa.gov.my.