Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

    • Jantina: Lelaki dan Perempuan
    • Tempoh Latihan: 3 tahun
    • Tempat Latihan:
      • Institut Latihan KKM Sungai Buloh
      • Institut Latihan KKM Kuching (Kesihatan Awam)
    • Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V):

      LantikanTerus/Pegawai Sedang Berkhidmat (selain PSL)
      • Kepujian (6C) dalam:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
        • Dua (2) subjek lain; serta
      • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

      Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
      • Kepujian (6C) dalam:
        • Bahasa Melayu; dan
        • Satu (1) subjek lain; serta
      • Lulus (8E) dalam:
        • Bahasa Inggeris;
        • Matematik;
        • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
        • Dua (2) subjek lain.