Pendaftaran

Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan: https://spa9.spa.gov.my/.

Tidak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) merupakan Pihak Berkuasa Melantik bagi urusan pengambilan jawatan melibatkan perkhidmatan berikut sahaja:
a. Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
b. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
c. Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka;
d. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan
e. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Bagi perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pelajaran, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain, pemohon pekerjaan hendaklah merujuk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan.

 

Tidak perlu.

Permohonan pekerjaan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, pemohon hendaklah memastikan pendaftaran pekerjaan dalam Sistem SPA9 masih dalam tempoh sah ketika iklan kekosongan jawatan yang dipohon dikeluarkan.

 

Tempoh sah pendaftaran pekerjaan dalam Sistem SPA9 adalah selama satu (1) tahun dari tarikh mendaftar atau mengemaskini permohonan.

 

Tidak akan diproses.

 

Ya.

 

Had maksimum jawatan yang boleh dipohon adalah 15 jawatan sahaja.

 

Tidak boleh. Semua permohonan pekerjaan hendaklah melalui Sistem SPA9.

 

Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan bagi jawatan yang dipohon akan dikecualikan daripada menduduki Public Service Entry Examination (PSEE) dan akan dipanggil ke temu duga.

 

Tidak.

Pemegang biasiswa kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

 

Tidak boleh.

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon pekerjaan melalui Sistem SPA9.

 

Pemohon disarankan merujuk maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dalam Portal Rasmi SPA sebelum membuat permohonan.

 

Pemohon adalah disarankan untuk menyemak pengiktirafan kelayakan akademik dengan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) melalui pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan (eSISRAF) melalui pautan: https://www2.mqa.gov.my/esisraf/.

 

Tidak boleh.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melaksanakan dasar One Step Lower yang menetapkan bahawa:

  1. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik sahaja.
  3. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM sahaja.
  4. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik SPM/SVM dan PMR/PT3 hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM/SVM dan PMR/PT3 sahaja.

 

Tidak boleh.

 

Tidak.

 

Tidak layak memohon kerana masih terikat kepada peraturan-peraturan perkhidmatan angkatan tentera yang sedang berkuat kuasa.

 

Tidak boleh kerana tidak menepati syarat pelantikan ke skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.

 

Tidak.

 

Status “Tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan” bermaksud tidak memenuhi :

  1. Syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkaitan; atau
  2. Syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan seperti keperluan bidang akademik bagi gred 29 ke atas dan kepujian dalam mata pelajaran tertentu di peringkat SPM bagi gred 19.

 

  1. Tiada had umur maksimum ditetapkan bagi pemohon lantikan terus;
  2. Bagi pemohon di kalangan pegawai sedang berkhidmat, had umur maksimum adalah 2 tahun daripada tarikh persaraan wajib; dan
  3. Bagi pemohon Latihan Separa Perubatan, had umur maksimum adalah sepertimana ditetapkan mengikut kategori pemohon.

 

Pemohon yang melepasi tapisan akan dimaklumkan melalui emel pemakluman ke alamat emel pemohon, hebahan Penjadualan Peperiksaan/ Temu Duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

 

Hits: 181675