Temu Duga

Pemohon akan dipanggil temu duga sekiranya :

  1. Melepasi tapisan syarat-syarat yang ditetapkan dalam sesuatu urusan pengambilan; dan
  2. Lulus dalam peperiksaan/ujian yang berkaitan.

 

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama memohon jawatan dalam Sistem SPA9. Antara sebabnya termasuklah:

  1. Tiada urusan pengambilan dijalankan kerana tiada permohonan pengisian kekosongan jawatan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi;
  2. Permohonan dalam Sistem SPA9 telah tamat tempoh sah laku pendaftaran dan tidak dikemas kini; dan
  3. Pemohon tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan serta syarat-syarat tapisan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan.

 

Tidak.

 

Tidak boleh.

 

Boleh tertakluk kepada faktor-faktor berikut :

  1. Kecemasan;
  2. Keagamaan;
  3. Kesihatan; dan
  4. Lokaliti (Sabah/Sarawak/Semenanjung).

 

Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi mental dan fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan tidak memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

 

Semua permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

 

Calon digalakkan membawa semua kelayakan akademik yang diperolehi.

 

Keputusan temu duga akan dimaklumkan kepada calon melalui emel pemakluman ke alamat emel calon serta semakan melalui Keputusan Temu Duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

 

Dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh terakhir urusan temu duga dilaksanakan.