Penolong Pegawai Perikanan Gred G29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perikanan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,494.00 RM5,674.00 RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. warganegara Malaysia;
      2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      3. diploma dalam bidang perikanan, sains nautika atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perikanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Pegawai Perikanan Gred G41
    Penolong Pegawai Perikanan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab membantu pegawai-pegawai perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan didikan penguatkuasaan, pengawalseliaan serta pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara.