Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

  • Gred:P29, P31, P37
  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    P29 RM1,824.00 RM5,801.00 RM150.00
    P31 RM3,159.00 RM6,503.00 RM170.00
    P37 RM3,817.00 RM8,141.00 RM200.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan x

 
     
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29  
(c)    
(i) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,824.00)
 
     
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)
 
     
SYARAT LANTIKAN TERUS KE GRED P31 ATAU P37  
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenan bagi lantikan terus ke Gred P31 atau P37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  
(d)    
(i) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan syarat Bahasa Melayu; dan  
     
(ii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred P31 : RM3,159.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred P37 : RM3,817.00).
 
     
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a)    
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan  
(b) had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
     
DESKRIPSI TUGAS :  
  1. Aspek Siasatan
  2. Aspek Perisikan
  3. Aspek Pendidikan Masyarakat
  4. Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
  5. Aspek Perundangan dan Pendakwaan
  6. Aspek Penyelidikan dan Perancangan
  7. Aspek Latihan
  8. Aspek Keselamatan
  9. Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am