Pelanjutan Tempoh Percubaan

Suatu proses bagi melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai yang belum memenuhi syarat untuk disahkan sama ada dengan atau tanpa denda dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan.

Punca Kuasa:

  1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
  3. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
  4. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 1 Tahun 2000;
  5. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2017;
  6. Pandangan Perundangan; dan
  7. Ketetapan Suruhanjaya.