Penentuan Gaji Permulaan

Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah proses yang dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama yang memohon untuk mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.

Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25(2), P.U. (A) 1/2012:

  1. Pengalaman di sektor swasta;
  2. Pengalaman di sektor awam [Contract of Service, Contract for Service, Pekerja Sambilan, Pekerja Khidmat Singkat (PKS), Skim
  3. Perkhidmatan Singkat (SPS), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Talent Acceleration In Public Service (TAPS)]; dan
  4. Sementara.

PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
a. Peraturan 25(7), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan yang kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi yang perbezaannya terhad kepada satu pergerakan gaji biasa di gred atau jawatan terdahulu.
b. Peraturan 25(8), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
c. Punca Kuasa:

  1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2017;
  2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2012;
  3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
  4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005];
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 [PP 1/2016];
  6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 [PP 36/2013];
  7. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 [PP 2/2013];
  8. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 [PP 1/2012];
  9. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 [PP 2/2011];
  10. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2003 [PP 1/2003;
  11. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 [PP 4/2002];
  12. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001 [PP 7/2001;
  13. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1979 [PP 4/1979];
  14. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2017
  15. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 1 Tahun 2020
  16. Pandangan Perundangan; dan
  17. Ketetapan Suruhanjaya.