Urus Setia Sarawak

   
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Urusetia Sarawak adalah bertanggungjawab kepada urusan pengambilan dan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak. Urus setia juga melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkenaan peluang - peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan urusan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak.

 

  • Fungsi Urusetia ini sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan di bawah perkara 144 dan 144(1), merangkumi perkara seperti berikut:-
    • Menguruskan urusan pengambilan Separa Perubatan bagi Negeri Sarawak dan menyelaras urusan pengambilan bagi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak
    • Menguruskan Urusan Perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak
    • Mengendalikan Urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

 

  • Mengurus Urusan pengambilan untuk mengikuti latihan dan tawaran ke jawatan tetap bagi jawatan separa perubatan dalam tempoh 8 minggu
  • Menguruskan urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Penetapan Gaji Pemulaan dalam tempoh 6 minggu
  • Mengurus urusan Peperiksaan Dalam Perkhidmatan dan Peperiksaan Pra Perkhidmatan mengikut Jadual seperti di Kalender Peperiksaan Tahunan di samping menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas soalan dan kertas jawapan peperiksaan

 

  • Pengambilan
    • Operasi komputer
    • Menyediakan jadual penyenggaraan perkakasan dan perisian sistem
    • Perancangan luar jangka keselamatan komputer
    • Merancang & merekabentuk sistem rangkaian
    • Mentadbir & mengurus sistem rangkaian
    • Menyedia & mengemaskini dokumentasi sistem rangkaian
    • Menyelia tatacara penyenggaraan
    • Mengurus keselamatan ICT SPA
  • Perkhidmatan
    • Melaksanakan urusan Pengesahan Lantikan
    • Menguruskan urusan Penetapan Gaji Masuk, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
    • Menguruskan urusan Penamatan Perkhidmatan
    • Menjalankan naziran ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak
  • Peperiksaan
    • Mengurus dan melaksanakan aktiviti Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditetapkan dari semasa ke semasa
    • Mengurus dan melaksanakan aktiviti peperiksaan yang ditetapkan di dalam Kalendar Tahunan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia
    • Mengurus dan menyelaras taklimat Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia di pelbagai Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Sarawak

Â