Bahagian Khidmat Pengurusan

   
  • Memberi khidmat sokongan dari segi Pentadbiran Am, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia dan Perhubungan awam yang cekap dan berkesan kepada semua Bahagian di Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

 

  • Menguruskan kewangan dan perolehan Jabatan.
  • Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan sumber manusia dan perhubungan awam Jabatan.
  • Menguruskan aspek pentadbiran am, pengurusan aset dan stor, keselamatan, perpustakaan, penyelenggaraan dan keperluan logistik Jabatan.

 

  • Kami warga Bahagian Khidmat Pengurusan berjanji dan beriltizam akan memberikan khidmat sokongan dengan cekap, tepat dan teratur perkara berikut:
    • Memastikan urusan pentadbiran, sumber manusia, pengurusan aset, perolehan dan kewangan dilaksanakan mengikut dasar dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
    • Memastikan pembayaran bil-bil dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari maklumat lengkap diterima.
    • Memberi maklum balas aduan pelanggan dalam tempoh 1-3 hari dari tarikh aduan diterima.

 

  • Pentadbiran Am
    • Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran am Jabatan yang melibatkan penghantaran surat, penyelenggaraan bangunan, penyelenggaraan peralatan, logistik, aset dan stor, perpustakaan serta keselamatan pejabat.
  • Kewangan dan Perolehan
    • Bertanggungjawab dalam menguruskan pengurusan kewangan Jabatan yang melibatkan penyediaan bajet, perancangan dan penyelarasan bajet Jabatan serta pembayaran bil dan tuntutan perjalanan.
    • Bertanggungjawab dalam menguruskan perolehan Jabatan seperti tender, sebut harga, eBidding dan rundingan terus.
  • Pengurusan Sumber Manusia
    • Bertanggungjawab dalam menguruskan pengurusan sumber manusia Jabatan yang melibatkan pengurusan personel, pengurusan prestasi, kenaikan pangkat, tatatertib, pemberian anugerah dan HRMIS.
  • Inovasi dan Kualiti
    • Bertanggungjawab dalam menguruskan semua program dan aktiviti yang melibatkan inovasi dan kualiti Jabatan seperti Konvensyen Inovasi Kerja, Hari Inovasi, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO, program k-Day dan penyelaras Sistem Cadangan Inovasi.
  • Perhubungan Korporat
    • Bertanggungjawab dalam menguruskan urusan-urusan berkaitan dengan perhubungan awam seperti bertindak sebagai Media SPA, perhubungan dengan pihak media, mengendalikan ePertanyaan/ aduan, penyelaras lawatan dari pihak luar, Hari Bersama Pelanggan, penyelaras Blok Inovasi dan Kreativiti serta penyelaras Facebook SPA.

Â