Jurupulih Perubatan Gred U29 (Fisioterapi)

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    1. Melaksanakan tugasan klinikal dengan memberikan rawatan fisioterapi mengikut preskripsi yang telah diberikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi.
    2. Memberikan laporan kemajuan pesakit kepada Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi untuk melihat keberkesanan rawatan yang diberikan.
    3. Mengumpulkan data berkaitan pesakit atau peningkatan kualiti untuk dianalisa oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit.
    4. Melaksanakan program yang telah dirancang oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
    5. Menjalankan program promotif, preventif, pra-habilitatif, habilitatif, kuratif, rehabilitatif dan paliatif seperti yang telah ditetapkan.
    6. Membantu dalam menyediakan dokumen berkaitan dengan perkhidmatan Fisioterapi.
    7. Membantu dalam melaksanakan program peningkatan kualiti seperti yang dirancang.
    8. Membantu dalam melaksanakan Program Latihan dan Penyelidikan dalam organisasi berlandaskan pelan operasi latihan tahunan bagi memastikan kelancaran pelan operasi yang telah dirangka.