Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00

 

SYARAT LANTIKAN KE GRED U29 :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  
(b) had umur pelantikan:  
 
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam
    1. Bertindak sebagai pegawai risikan, serbuan dan pegawai penyiasat.
    2. Penyediaan kertas siasatan.
    3. Pengendalian dokumen, rekod dan eksibit (barang kes).
    4. Menjadi saksi dalam kes-kes pendakwaan.
    5. Analisa data aktiviti penguatkuasaan.
  2. Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Tidak Berjangkit,Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekeliling (KPAS), Penyakit Bawaan Vektor).
      1. Pemantauan dan pengumpulan data.
      2. Penyiasatan kes dan wabak.
      3. Pengesanan aktif kes ACD (Active Case Detection) / kontak kes penyakit berjangkit.
      4. Tindakan kawalan dan pencegahan.
      5. Menyediakan laporan harian dan laporan wabak.
      6. Pengambilan sampel klinikal dan persekitaran berkaitan penyakit berjangkit.
      7. Mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan / CPRC iaitu senarai wabak semasa, senarai kes, carta, peta operasi dan lain-lain maklumat berkaitan aktiviti kawalan wabak.
      8. Promosi kesihatan.
      9. Kesihatan persekitaran dan pekerjaan.
  3. Keselamatan dan Kualiti Makanan.
      1. Pensampelan makanan.
      2. Penilaian risiko kebersihan premis makanan.
      3. Penyediaan laporan dan cadangan tindakan susulan.
      4. Kawalan pengimportan makanan.
      5. Kawalan pengeksportan makanan.
      6. Pemantauan pematuhan produk makanan, premis dan pengendali bagi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
      7. Pengumpulan dan analisa data.
  4. Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).
      1. Melaksanakan projek Bekalan Air Masyarakat Luar Bandar Kebersihan Alam Sekeliling.
      2. Melaksanakan perolehan logistik.
      3. Memeriksa dan memantau projek pelupusan air limbah.
      4. Menyelenggara dan kalibrasi peralatan ujian.
      5. Menyelenggara projek-projek BAKAS.
  5. Kawalan Mutu Air Minum (KMAM).
      1. Sediakan program dan jadual pensampelan.
      2. Melakukan pensampelan dan analisis di lapangan.
      3. Mengambil tindakan pemulihan ke atas perlanggaran kualiti sampel air.
      4. Menyelenggara dan kalibrasi peralatan ujian.
  6. Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa (Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Darat).
      1. Menguatkuasakan Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa 1969 Semakan 2005 (Edisi Ke Tiga) dan semua perundangan di bawah kesihatan awam.
      2. Menguruskan permohonan Status Kapal (Advice Kapal) dan Pembaharuan Sijil `Ship Sanitation Control Exemption Certificate’ (SSCEC).
      3. Menjalankan pemeriksaan kapal ( Pensijilan SSCEC /SSCC atau Kuarantin, Sijil Port Health Clearance)
      4. Menjalankan pemeriksaan/ penilaian Sanitary Port.
      5. Menjalankan pemeriksaan bagi import/ eksport tisu manusia, organisma atau bahan patogenik, mayat atau apa-apa bahagiannya.
      6. Menjalankan siasatan kes penyakit berjangkit di pintu masuk.
      7. Menjalankan pemeriksaan status kesihatan dan aspek kebersihan anak kapal.
      8. Pengawasan aktiviti pewasapan kapal bagi pematuhan Hydrogen Cynide (Fumigation) Act 1953 (Revised 1981)