Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pendidikan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,353.00
Gaji Maksimum : RM4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred DV19: RM1,435.12) atau
  2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred DV19: RM1,493.24)
 
       
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
       
4. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM  
  Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).  
       
5. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
 
       
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim