Jururawat Masyarakat Gred U19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
1. JADUAL GAJI :
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
2. SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) Warganegara Malaysia; dan  
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
(d)   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.
(Gaji permulaan pada Gred U19 : RM1,418.12)
 
       
3. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT  
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:  
(a)   Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan  
(b)   Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas; dan  
(c)   Had umur pelantikan:  
   
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
4. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab sebagai pekerja kesihatan yang menjalankan pelbagai tugas dan merupakan ahli pasukan kesihatan yang berkhidmat secara terus kepada masyarakat. Tugas utama Jururawat Masyarakat Gred U19 tertumpu dalam bidang kebidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan daripada segi amalan kejururawatan, pengurus kejururawatan, latihan kejururawatan, program kualiti dalam kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.