Jurubahasa Gred LA19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perundangan dan Kehakiman
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Mahkamah/Mahkamah Persekutuan/pelbagai Jabatan
1. JADUAL GAJI :
Gaji Minimum : RM1,355.00
Gaji Maksimum : RM4,007.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
2. SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) Warganegara Malaysia; dan  
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
(d) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,355.00)
atau
 
  (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,411.40)
atau
 
  (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,467.80)
 
 
3. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/ merekodkan prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan Buku Ekshibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan harian/ bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim.