Juruteknik Perubatan Gred U19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  (a) Warganegara Malaysia; dan  
  (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
  (d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred U19 : RM1,360.00)
 
     
3. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab membantu Pegawai Sains (Fizik) dalam menyediakan aksesori rawatan seperti blok sinaran, topeng cegah gerak, leg rest, dental mould, aksesori tray untuk linac, aksesori peralatan QC serta pengumpulan data bagi tujuan rawatan pesakit.